Minggu, 05 Juni 2016

Lafaz Niat Puasa Ramadan dan Doa Berbuka Puasa Ramadan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

marhaban-ya-ramadhan

Lafaz Niat Puasa Ramadan dan Doa Berbuka Puasa Ramadan-Sempena Bulan Ramadan yang bakal menjelang ini , untuk panduan para pembaca yang akan melaksanakan ibadah puasa berikut adalah lafaz niat puasa dan doa berbuka puasa. 


Puasa pada bahasa adalah menahan diri. Puasa pada syarak ialah menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa daripada terbit fajar hingga terbenam matahari disertai dengan niat dan syarat-syarat yang tertentu.

Kewajipan berpuasa dibulan Ramadan ;
Maksudnya :Wahai orang yang beriman diwajibkan berpuasa ke kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu . Mudah-mudahan kamu bertakwa .
(Surah Al-Baqarah : 183)

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa keatas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa

Pautan Sumber Asal » mysumber.com
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa keatas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa

Pautan Sumber Asal » mysumber.com

Lafaz Niat Puasa Ramadan Harian: 


lafaz-niat-puasa
Maksudnya : Sahaja aku puasa esok hari Fardu Ramadan Tahun ini kerana Allah Taala.

Lafaz Niat Puasa Ramadan Sebulan :

niat-puasa-sebulan-ramadhan

Doa Berbuka Puasa :

 doa-buka-puasa

Terima kasih membaca artikel Lafaz Niat Puasa Ramadan dan Doa Berbuka Puasa Ramadan ini .

Sekian , Daripada http://mselim3.blogspot.my

Kisah Sahabat Yang Menanggalkan Baju Besi Kerana Mendambakan Gugur Syahid

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
kisah-baju-besi-saidina-ali

Kisah Kesyahidan Seorang Sahabat Yang Menanggalkan Baju Besi Kerana Mendambakan Gugur Sebagai Syahid - Sahabat ini bernama Zaid bin Khattab bin Nufail ia adalah saudara kandung Umar bin Khattab . Zaid lebih tua umurnya daripada Umar dan lebih dahulu memeluk islam. Beliau adalah salah seorang sahabat yang turut berperang dalam Perang Badar dan perang-perang yang lainnya. 


Rasulullah saw telah mempersaudarakan antara Zaid bin Khattab dengan Mu'nu bin Uday al-Ajlaniy.
Ketika Perang Badar berlangsung adiknya Umar bin Khattan, Zaid bin Khattab ini berkata :"Pakailah baju besiku ini . Ketika Perang Yamamah ia bertugas untuk memegang bendera pasukan muslimin. Namun ia tetap maju ke hadapan bertempur melawan musuh. Kemudian ia berperang sampai syahid. Kemudian bendera atau panji yang dipegangnya itu jatuh dan disambut oleh Salim hamba milik Abu Hudzaifah . Lalu

Umar sangat sedih melihat keadaan saudaranya itu, lalu Umar al-Khattab berkata :"Zaid lebih dahulu memeluk islam sebelum aku memeluk islam, setiap kali angin timur bertiup aku mencium harum abangku Zaid bin Khattab. (83)

Sumber (83) Lihat Kitab Thabaqaat al-Kubra :3/377


Terima kasih membaca artikel ini  Kisah Kesyahidan Seorang Sahabat Yang Menanggalkan Baju Besi Kerana Mendambakan Gugur Sebagai Syahid ini .

Daripada : http://mselim3.blogspot.my

Sabtu, 04 Juni 2016

Cara Solat Sunat Witir

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
solat-sunat-witir

Cara Solat Sunat Witir - Solat Sunat Witir (ganjil bilangan rakaatnya) adalah sunat muakkad iaitu tiga rakaat (dua salam) atau sekurang-kurangnya satu rakaat. Ia boleh dikerjakan secara bersendirian atau berjamaah. Waktunya ialah selepas solat isyak. Solat sunat witir dilakukan akhir sekali dan merupakan penutup kepada solat-solat sunat yang lain. Di dalam bulan ramadan biasanya dikerjakan selepas solat sunat tarawih. 


Ia digalakkan oleh Rasulullah saw dan mengandungi banyak fadhilatnya. 
Sabda Rasulullah saw :"Wahai ahli al-Quran kerjakanlah solat witir kerana Allah itu witir (Maha Esa) dan suka kepada witir." (Riwayat Ahmad)

Fadhilat Solat Sunat Witir :

  1. Para malaikat turut menyaksikan kesungguhan orang yang mengamalkannya. 
  2. Solat sunat witir lebih utama daripada solat sunat-sunat rawatib yang lain. 

Lafaz dan Niatnya : 



Pada dua rakaat yang pertama : 
niat-solat-sunat-witir2

Pada satu rakaat yang terakhir : 
niat-solat-sunat-witir

Bacaan Surah-Surah : 

  1. Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat yang pertama, baca surah Al-A'laa. 
  2. Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat yang kedua, baca surah Al-Kafiruun. 
  3. Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat yang ketiga, baca surah Al-Ikhlas, surah Al-Alaa, dan surah An-Nass. 
Selepas memberi salam yang terakhir baca zikir ;
zikir-solat-witir-tarawih-mselim3

Doa Penutup Solat Sunat Witir : 

Peringatan : 
Selepas mengerjakan solat witir pada malamnya solat sunat yang lainnya masih boleh dikerjakan tetapi hendaklah tidak mengulangi solat sunat witir lagi. Ini kerana Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud :"Tidak ada dua witir pada satu malam." 

Terima kasih membaca artikel Cara Solat Sunat Witir ini. 


Daripada : 
http://mselim3.blogspot.my

Cara Solat Sunat Tarawih/Terawih

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 

solat-tarawih

Cara solat sunat tarawih- Setiap tahun kita umat islam berpuasa dibulan ramadan bagi memperbanyakan ibadah dalam bulan ramadan ini kita juga mengiringi ibadah solat sunat tarawih. Solat sunat tarawih ini digalakkan untuk mengerjakan solat sunat tarawih 20 rakaat atau sekurang-kurangnya 8 rakaat selepas solat isyak pada tiap-tiap malam. Ia boleh dikerjakan secara sendirian maupun secara berjamaah dimasjid / surau adalah lebih afdal. Untuk menyelangi solat tarawih yang panjang ini digalakkan berzikir atau berselawat ke atas nabi dan sebagainya. Doa qunut pula sunat dibaca pada akhir rakaat solat witir dari 16 ramadan sehingga akhir ramadan.

solat-tarawih

Dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda:" Siapa mendirikan solat tarawih pada malam di bulan ramadan dengan penuh keimanan dan ikhlas, maka Allah SWT mengampunkan segala dosanya yang telah lalu." (Hadis Riwayat Muslim) 


Maka eloklah kita mengetahui cara-cara solat sunat tarawih dan witir supaya supaya kedatangan Ramadan ini lebih berguna dan bermanfaat buat kita.

Hukum dan Rakaat Solat Sunat Tarawih

Hukumnya sangat-sangat dituntut dikerjakan oleh lelaki dan wanita pada tiap-tiap malam bulan Ramadan samada secara sendirian atau berjemaah.

Pada umumnya , masyarakat di Malaysia mendirikan solat sunat tarawih sebanyak 20 rakaat tetapi ada juga yang menunaikannya 8 rakaat sahaja. Pada zaman Rasulullah saw solat sunat tarawih dikerjakan sebanyak lapan rakaat sahaja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan dalam melaksanakannya. Walaubagaimana ada juga riwayat hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah saw mengerjakan solat sunat tarawih 8 rakaat kemudian disambung solat tarawih dan witir di rumah.

Lafaz dan Niatnya : 

niat-solat-sunat-tarawih

Bacaan Surah-Surah Solat Sunat Tarawih : 

Selepas membaca Al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat pertama solat sunat tarawih ini dibacakan surah-surah

1) Dari Malam 1 hingga malam 15 Ramadan 

surah-surah-solat-sunat-tarawih
surah-surah-solat-sunat-tarawih

    Selepas membaca Al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat pertama solat sunat tarawih ini dibacakan surah-surah

    2) Dari Malam 16 hingga malam Akhir Ramadan 
    Selepas membaca Al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat pertama solat sunat tarawih ini dibacakan surah-surah
    Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah Al-Qadr
     
    surah-surah-solat-sunat-tarawih
     Pada rakaat yang kedua dibaca satu surah pada rakaat yang pertama bagi malam sama seperti malam 1 hingga 15                             
    1. Al-Qadr
    2. Attakaathur  
    3. Al-Qadr
    4. Al-Asr
    5. Al-Qadr
    6. Al-Humazah
    7. Al-Qadr
    8. Al-Fiil
    9. Al-Qadr
    10. Al-Quraisy
    11. Al-Qadr
    12. Al-Kauthar
    13. Al-Qadr
    14. Al-Kauthar
    15. Al-Qadr
    16. Al-Kafiruun
    17. Al-Qadr
    18. Al-Nasr
    19. Al-Qadr
    20. Al-Lahab 

    Bacaan Selawat/Tasbih/Doa Solat Sunat Tarawih


    Untuk memulakan solat sunat tarawih ; 

    bacaan-selawat-solat-sunat-tarawih

    bacaan-selawat-solat-sunat-tarawih
    Setelah memberi salam pada tiap-tiap akhir rakaat yang ke-2,6,10,14,dan 18 bacaan selawat adalah seperti berikut: 
    bacaan-selawat-solat-sunat-tarawih
    Doa Qunut ; 
    Selepas solat subuh dan solat sunat witir malam 16 hingga akhir Ramadan . 
    doa-qunut

    Setelah memberi salam pada tiap-tiap akhir rakaat yang ke-4,8,12,16 dan 20,  baca tasbih dan selawat berikut : 
    bacaan-selawat-tasbih-solat-sunat-tarawih
    Doa oleh Imam atau Bilal pada rakaat 4,8,12, dan 16
    tasbih-dan-selawat-solat-tarawih5-mselim3
    Doa selepas solat sunat tarawih
    bacaan-selawat-tasbih-solat-sunat-tarawih

    bacaan-selawat-tasbih-solat-sunat-tarawih

    bacaan-selawat-tasbih-solat-sunat-tarawih

    bacaan-selawat-tasbih-solat-sunat-tarawih

    Terima kasih membaca artikel ini Cara Solat Sunat Tarawih ini . 


    Daripada ; 
    http;//mselim3.blogspot.my  
    http://alhafiz.net/soaljawabagama/cara-solat-terawih-serta-bacaannya/

    Minggu, 22 Mei 2016

    Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Tahun 1437H/ 2016M

    بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
    waktu-imsak-dan-berbuka-puasa

    Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Tahun 1437H/ 2016M- Dibawah adalah lampiran lengkap takwin atau Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa untuk tahun 1437H bersamaan 2016M bagi seluruh Negeri-Negeri di Malaysia. Sebagai makluman, lampiran jadual waktu imsak dan berbuka puasa tahun 1437H/ 2016M yang disertakan ini adalah sumber rasmi yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Semoga lampiran jadual waktu imsak dan berbuka puasa tahun1437H/2016M yang telah disertakan ini dapat memudahkan umat islam di Malaysia membuat semakan waktu terbaik untuk bersahur dan berbuka puasa pada waktu yang tepat dan afdal.

    NEGERI
     Pahangadobe reader
     Terengganuadobe reader
     Perlisadobe reader
     Selangoradobe reader
     Negeri Sembilanadobe reader
     Johoradobe reader
     Kelantanadobe reader
     Perakadobe reader
     Kedahadobe reader
     Pulau Pinangadobe reader
     Melakaadobe reader
     Sabahadobe reader
     Sarawakadobe reader
     Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuanadobe reader

    Selasa, 10 Mei 2016

    Cara Solat Sunat Hadiah

    بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
    solat-sunat-hadiah

    Cara Solat Sunat Hadiah - Diriwayatkan Rasulullah saw pernah bersabda : "Bahawa pada malam pertama mayat dikebumikan keadaan mayat berada di dalam keluh kesah . Oleh itu, kasihanilah kamu dengan mengurangkan keluh kesah mayat itu dengan bersedekah. Jika tidak mampu bersedekah solatlah 2 rakaat , bacalah pada tiap-tiap rakaat satu kali fatihah, satu kali ayat kursi, satu kali al-takathur dan 10 kali surah al-ikhlas dan hendaklah berdoa sesudah memberi salam." Maka dianjurkan kepada ahli keluarganya supaya mereka mengerjakan solat hadiah sebagai doa yang menolong roh si mati.

    Solat Sunat Hadiah dilakukan pada malam hari sesudah selesai solat maghrib atau isyak dimana siangnya arwah dikebumikan .

    Cara mengerjakan Solat Sunat Hadiah ini sama seperti solat sunat yang lain.

    Pada rakaat yang pertama selepas Al-Fatihah dibaca ayat Kursi. (al-Baqarah ayat 255) sekali


    Pada rakaat kedua pula selepas Al-Fatihah dibaca surah At-Takasur sekali dan surah Al-Ikhlas 10 kali.

    Lafaz niatnya ialah :
    lafaz-niat-solat-hadiah

    "Sengaja aku solat hadiah dua rakaat kerana Allah Taala." 

    Selepas salam berdoalah dengan doa bagi memohon kelapangan kubur dan kesenangan untuk si mati atau bacalah doa solat sunat hadiah ini : 

    doa-solat-sunat-hadiah
    "Ya Allah , sesungguhnya telah aku dirikan solat ini Engkau Maha Mengetahui apa yang ku maksudkan. Ya Allah , aku memohon kepadaMu sampaikan ganjaran pahalanya (solat hadiah ini) kepada kubur si Fulan bin Fulan." 

    Semoga dapat diamalkan apabila tiba masanya nanti. 

    Terima kasih kerana membaca artikel Cara Solat Sunat Hadiah ini . 

    Sumber : Himpunan 75 Solat-Solat Sunat
    Daripada : 
    http://mselim3.blogspot.my

    Selasa, 03 Mei 2016

    Kisah Kesyahidan Salim Mahula Abi Hudzaifah

    بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
    perang-yamamah

    Kisah Kesyahidan Salim Mahula Abi Hudzaifah- Ketika Perang Yamamah meletus , Salim Mahula Abi Hudzaifah seorang hamba milik Abu Hudzaifah berkata :"Beginilah keadaan kita berjuang bersama Rasulullah saw. Lalu ia mengali lubang untuk dirinya sendiri dan ia berdiri di atasnya. Ketika ia membawa bendera kaum muhajirin ia pun mula berperang hingga gugur syahid di tempat itu. <30> 


    Ahmad bin Abdullah mengisahkan bahawa Salim hamba kepada Abu Hudzaifah gugur dalam perang Yamamah.  Ketika ia memegang bendera atau panji islam dengan tangan kanannya , tangan kanannya terputus akibat libasan pedang musuh. Kemudian, Salim Mahula Abi Hudzaifah memegang bendera atau panji islam dengan tangan kirinya, akan tetapi tangan kirinya juga putus dilibas dengan pedang musuh.
    Lalu Salim Mahula Abi Hudzaifah memeluk bendera atau panji islam lalu membacakan firman Allah SWT :

    Surah Al-Imran ayat 144

    Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).
    (Surah Al-Imran ayat 144)

    Namun , Salim Mahula Abi Hudzaifah tetap terus berperang dengan baki kekuatannya hingga ia gugur dalam pertempuran itu sebagai syahid. <32>
    Setelah perang tamaat ditemui dua mayat sahabat iaitu mayat Salim Mahula Abi Hudzaifah dan tuannya Abu Hudzaifah dengan keadaan kepala yang satu berada di kaki yang lain. <33> 

    Sumber :
    <30> Lihat kitab Thabaqaat al-kubra :3/1/61 sanadnya sangat dhaif (lemah) kerana diantara perawinya terdapat al-Waqidiy yang darjatnya Matruk
    <32> Lihat kitab Shafwah as-Safwah : 1/384 karangan Ibnu Atsir
    <33> Lihat kitab Mustadrak karangan Hakim :3/225

    Terima kasih kerana membaca artikel Kisah Kesyahidan Salim Mahula Abi Hudzaifah ini.

    Daripada :
    http://mselim3.blogspot.my/