Tampilkan postingan dengan label kisah pelik tapi benar. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kisah pelik tapi benar. Tampilkan semua postingan

Minggu, 14 Agustus 2016

Kisah Kesyahidan Para Sahabat Dalam Perang Uhud

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
kisahkesyahidanparasahabat-mselim3

Kisah Kesyahidan Para Sahabat Dalam Perang Uhud - Dari Ibnu Abbas ra ia berkata :"Rasulullah saw bersabda ketika saudara-saudara kamu gugur dalam Perang Uhud . Allah SWT telah menjadikan roh-roh mereka bagaikan burung-burung yang menuju sungai-sungai dalam Syurga dan memakan buah-buahan yang ada di dalamnya dan kemudian mereka berkumpul di sekitar pelita yang diperbuat daripada emas yang tergantung di atas singgahsana (arasy). 


Setelah itu, mereka telah dijamu dengan makanan yang lazat dan baik serta minuman yang menyegarkan dan mereka berkata :"Bagaimana caranya agar kita dapat menyampaikan berita yang gembira ini kepada saudara-saudara kita yang sedang dalam pertempuran bahawasanya kita hidup di Syurga dan diberikan nikmat agar mereka lebih berkobar-kobar dalam berjuang dan tidak merasa gentar di waktu berperang. (6)

Lalu Allah SWT berfirman :"Aku yang akan menyampaikan kepada mereka (saudara-saudara kamu) tentang keadaan kamu sesungguhnya... (7) 

Maka turunlah firman Allah SWT yang bermaksud : 

QS.Al-Imran 169-171

Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur (ketika berperang) pada jalan Allah SWT itu mati, bahkan mereka itu hidup disisi Allah dan mendapat rezeki.

Maka mereka dalam keadaan yang sangat gembira disebabkan mereka menerima dan diperkenankan oleh Allah SWT dan mereka bersenang hati terhadap saudara-saudara mereka yang masih tinggal di belakang yang bakal menyusul mereka, bahawa tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.

Mereka bersenang hati dengan nikmat dan kurnia yang besar dari Alllah SWT dan bahawa Allah SWT tidak akan mensia-siakan pahala orang-orang yang beriman. (8) 

Sumber :
(6) Hitsami dalam Kitabnya al-Mujma :6, 90 menambahkan para perawinya tsiqat (diyakini )
(7) Hadis Sahih diriwayatkan oleh Ahmad :1/365 , Abu Daud 2520 , Ibnu Abu Syaibah : 5/294, Hakim :2/88 dan Baihaqi dalam Sunan Al-Kubra :9/163
(8) QS.Al-Imran 169-171 

Daripada :
http://mselim3.blogspot.my

Terima kasih membaca artikel  Kisah Kesyahidan Para Sahabat Dalam Perang Uhud ini .

Sabtu, 13 Agustus 2016

Para Syuhada : Amir bin Fahirah Para Malaikat Menguburkannya

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Para Syuhada : Amir bin Fahirah - Amir bin Fahirah beliau adalah hamba Abu Bakar As-Siddiq ia adalah merupakan salah seorang sahabat yang mula-mula memeluk islam. Beliau adalah seorang diseksa dengan teruk kerana keislamannya kepada Allah SWT.

 
Saidina Abu Bakar membelinya dan lalu memerdekakannya sebelum kemudian dia diajak bertemu dengan Rasulullah SAW di rumah Arqam yang mana ia pernah diseksa agar keluar daripada islam. Siri peperangan yang pernah diikutinya adalah Perang Badar dan Perang Uhud. Ia gugur sebagai syuhada dalam peristiwa Bir Maunah pada tahun ke empat hijrah, ketika berumur 40 tahun.

Ketika berada di Bir Maunah ia ditikam oleh Jabbar bin Sulamiy hingga tebus badannya. Amir bin Fahirah berkata :"Aku telah menang demi tuhan pemilik Kaabah dan demi Allah SWT. Jabar bertanya : "Menang dari apa?" Mereka menjawab :" Dia telah menang kerana mendapat syurga Allah lalu Jabbar bin Sulamiy pun memeluk islam.

Ibnu Thufail berkata :"Ketika gugur dalam perang jasadnya diangkat ke langit dan bumi sehingga aku melihat langit seolah-olah berada di bawahnya, mereka bertanya sambil terpegun : "Itulah Amir bin Fahirah! " . Urwah bin Zubair berkata :"Mereka melihat para malaikat menguburkannya. (74) 


(74) Lihat kitab shafwah as-shafwah 1/432, 433 dan kitab Ishabah 4/41,15

Daripada :
http://mselim3.blogspot.my

Terima kasih kerana membaca artikel Para Syuhada : Amir bin Fahirah Para Malaikat Menguburkannya ini .

Kisah Syahidnya Seorang Sahabat Yang Mengegarkan Arasy

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
saadbinmuaz

Kisah Syahidnya Seorang Sahabat Yang Mengegarkan Arasy- Sahabat yang bernama Saad bin Muaz bin Nu'man al-Ausi, Al-Ansari ia adalah seorang sahabat yang paling diberkati dalam islam. Ia diislamkan oleh Mus'ab bin Umair ketika ia ditugaskan Rasulullah saw ke Madinah untuk mengajarkan kaum muslimin disana. 


Ketika pertama kali memeluk islam ia berkata kepada Bani Adbul Asyal :"Perkataan laki-laki dan perempuan daripada golongan kamu bagiku adalah haram sampai kamu memeluk islam, kemudian mereka berbondong-bondong memeluk islam dan tidak ada seorang pun yang menentangnya.

Ketika Saad bin Muaz ra tercedera ia berdoa agar Allah SWT tidak mencabut nyawanya sehingga dia dapat mengislamkan Bani Quraizah . Rasulullah saw , Saidina Abu Bakar , dan Saidina Umar serta para sahabat yang lain menjenguknya. 

Aisyah ra berkatanya :"Demi Allah SWT yang nyawaku ada di tanganNya, sesungguhnya aku tidak mengetahuinya (dapat membezakannya antara) tangisan Saidina Abu Bakar dari tangisan Saidina Umar
Umar bin Syarhabil berkata:"Sesungguhnya ketika Saad bin Muaz luka parah Rasulullah saw memeluknya sehingga darah berlumuran ke atas tubuhnya Baginda Rasulullah saw. Lalu datanglah Saidina Abu Bakar kemudian berkata :"Hancurlah hatinya, Umar berkata :"Inaa lilaahi wa inna ilaihi rajiuun".

Lalu Jibril datang dan menyampaikan berita kepada Rasulullah saw bahawa pintu langit telah dibukakan untuk Saad dan telah disiapkan singgahsana untuknya. 


Jabir bin Abdullah berkata:"Bergetar singgahsana Allah atas kematian Saad bin Muaz (15)
Diriwayatkan oleh Ibnu Umar ra bahawa Rasulullah saw bersabda:"Kematian Saad bin Muaz telah menyebabkan bergeraknya Arasy dan dibukakan pintu - pintu langit dan turunnya tujuh puluh ribu malaikat semasa kematian Saad bin Muaz. (16)

(15) Hadis Sahih diriwayatkan oleh Bukhari 3803, muslim 2466, Ahmad 3/316, ibnu Majah 158
(16) Hadis Sahih diriwayatkan oleh Nasa'i 4/100, Thabraniy 5333.

Daripada ;
http://mselim3.blogspot.my

Terima kasih kerana membaca artikel Kisah Syahidnya Seorang Sahabat Yang Mengegarkan Arasy ini .

Minggu, 10 Juli 2016

Kisah Karamah : Sayid Ahmad Al Faruqi As-Sirhindi berjalan pulang dari masjid walaupun ia dipenjarakan

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
kisah wali

Kisah Karamah : Sayid Ahmad Al Faruqi As-Sirhindi berjalan pulang dari masjid walaupun ia dipenjarakan-Sayid Ahmad Al Faruqi As-Sirhindi ialah seorang alim yang terkenal di India dan Pakistan pada masanya. Beliau sangat alim dalam ilmu Tauhid atau Ilmu Kalam sehingga beliay dianggap sebagai 'Mujaddid" dalam ilmu tersebut. 


Sayid Ahmad juga seorang tokoh Tarikat Naqsyabandiah yang mempunyai banyak karamah. Gurunya Syeikh Muhammad Al Baqir pernah berkata :"Ketika aku sampai di Sirhind aku lihat seperti unggu api yang besar hingga sampai ke langit, dan cahayanya sampai menerangi seluruh dunia seolah-olah setiap orang menyalakannya tanpa henti. Begitulah rupanya martabatmu."

Beliau pernah menceritakan pengalamannya kepada muridnya bahawa beliau sering dibukakan hijab oleh Allah SWT hingga dapat melihat roh para  Aulid seperti para Anbia serta para mursalin.

Beliau pernah bertemu dengan Rasulullah saw. Diriwayatkan bahawa seorang peminatnya pernah datang dari tempat yang jauh untuk menziarahi Sayid Ahmad . Kemudian dia bermalam di rumah kenalannya. Kenalannya itu tiba-tiba memaki dan mencercanya apabila pada esok paginya ia mengemas segala barangnya untuk pergi di dapatinya tuan rumah (kenalannya) itu telah meninggal dunia.

Apabila kisah ini disampaikan kepadanya Sayid Ahmad beliau berkata:"Kejadian malam tadi tidak perlu diceritakan lagi."

Sayid Ahmad juga pernah ditahan dan dimasukkan kedalam penjara akibat difitnah oleh orang-orang yang memusuhinya. Beliau merengkok dalam penjara selama 3 tahun. Pada hari Jumaat pengawal penjara terperanjat apabila melihat Sayid Ahmad berjalan kaki masuk ke penjara . Apabila ditanya beliau menjawab :"Aku baru pulang dari masjid sesudah solat Jumaat." 


Setelah disiasat kembali oleh pihak polis terbukti bahawa beliau telah terbukti tidak bersalah lalu dibebaskan. Beliau wafat dan dimakamkan di Lahore tahun 1034H. 

Terima kasih kerana membaca artikel Kisah Karamah Sayid Ahmad Al Faruqi As-Sirhindi ini

Sumber : Kisah Para Wali
Daripada : http://mselim3.blogspot.my/

Selasa, 03 Mei 2016

Kisah Kesyahidan Salim Mahula Abi Hudzaifah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
perang-yamamah

Kisah Kesyahidan Salim Mahula Abi Hudzaifah- Ketika Perang Yamamah meletus , Salim Mahula Abi Hudzaifah seorang hamba milik Abu Hudzaifah berkata :"Beginilah keadaan kita berjuang bersama Rasulullah saw. Lalu ia mengali lubang untuk dirinya sendiri dan ia berdiri di atasnya. Ketika ia membawa bendera kaum muhajirin ia pun mula berperang hingga gugur syahid di tempat itu. <30> 


Ahmad bin Abdullah mengisahkan bahawa Salim hamba kepada Abu Hudzaifah gugur dalam perang Yamamah.  Ketika ia memegang bendera atau panji islam dengan tangan kanannya , tangan kanannya terputus akibat libasan pedang musuh. Kemudian, Salim Mahula Abi Hudzaifah memegang bendera atau panji islam dengan tangan kirinya, akan tetapi tangan kirinya juga putus dilibas dengan pedang musuh.
Lalu Salim Mahula Abi Hudzaifah memeluk bendera atau panji islam lalu membacakan firman Allah SWT :

Surah Al-Imran ayat 144

Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).
(Surah Al-Imran ayat 144)

Namun , Salim Mahula Abi Hudzaifah tetap terus berperang dengan baki kekuatannya hingga ia gugur dalam pertempuran itu sebagai syahid. <32>
Setelah perang tamaat ditemui dua mayat sahabat iaitu mayat Salim Mahula Abi Hudzaifah dan tuannya Abu Hudzaifah dengan keadaan kepala yang satu berada di kaki yang lain. <33> 

Sumber :
<30> Lihat kitab Thabaqaat al-kubra :3/1/61 sanadnya sangat dhaif (lemah) kerana diantara perawinya terdapat al-Waqidiy yang darjatnya Matruk
<32> Lihat kitab Shafwah as-Safwah : 1/384 karangan Ibnu Atsir
<33> Lihat kitab Mustadrak karangan Hakim :3/225

Terima kasih kerana membaca artikel Kisah Kesyahidan Salim Mahula Abi Hudzaifah ini.

Daripada :
http://mselim3.blogspot.my/