Selasa, 10 Mei 2016

Cara Solat Sunat Hadiah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
solat-sunat-hadiah

Cara Solat Sunat Hadiah - Diriwayatkan Rasulullah saw pernah bersabda : "Bahawa pada malam pertama mayat dikebumikan keadaan mayat berada di dalam keluh kesah . Oleh itu, kasihanilah kamu dengan mengurangkan keluh kesah mayat itu dengan bersedekah. Jika tidak mampu bersedekah solatlah 2 rakaat , bacalah pada tiap-tiap rakaat satu kali fatihah, satu kali ayat kursi, satu kali al-takathur dan 10 kali surah al-ikhlas dan hendaklah berdoa sesudah memberi salam." Maka dianjurkan kepada ahli keluarganya supaya mereka mengerjakan solat hadiah sebagai doa yang menolong roh si mati.

Solat Sunat Hadiah dilakukan pada malam hari sesudah selesai solat maghrib atau isyak dimana siangnya arwah dikebumikan .

Cara mengerjakan Solat Sunat Hadiah ini sama seperti solat sunat yang lain.

Pada rakaat yang pertama selepas Al-Fatihah dibaca ayat Kursi. (al-Baqarah ayat 255) sekali


Pada rakaat kedua pula selepas Al-Fatihah dibaca surah At-Takasur sekali dan surah Al-Ikhlas 10 kali.

Lafaz niatnya ialah :
lafaz-niat-solat-hadiah

"Sengaja aku solat hadiah dua rakaat kerana Allah Taala." 

Selepas salam berdoalah dengan doa bagi memohon kelapangan kubur dan kesenangan untuk si mati atau bacalah doa solat sunat hadiah ini : 

doa-solat-sunat-hadiah
"Ya Allah , sesungguhnya telah aku dirikan solat ini Engkau Maha Mengetahui apa yang ku maksudkan. Ya Allah , aku memohon kepadaMu sampaikan ganjaran pahalanya (solat hadiah ini) kepada kubur si Fulan bin Fulan." 

Semoga dapat diamalkan apabila tiba masanya nanti. 

Terima kasih kerana membaca artikel Cara Solat Sunat Hadiah ini . 

Sumber : Himpunan 75 Solat-Solat Sunat
Daripada : 
http://mselim3.blogspot.my

Tidak ada komentar:

Posting Komentar