Minggu, 22 Mei 2016

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Tahun 1437H/ 2016M

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
waktu-imsak-dan-berbuka-puasa

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Tahun 1437H/ 2016M- Dibawah adalah lampiran lengkap takwin atau Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa untuk tahun 1437H bersamaan 2016M bagi seluruh Negeri-Negeri di Malaysia. Sebagai makluman, lampiran jadual waktu imsak dan berbuka puasa tahun 1437H/ 2016M yang disertakan ini adalah sumber rasmi yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Semoga lampiran jadual waktu imsak dan berbuka puasa tahun1437H/2016M yang telah disertakan ini dapat memudahkan umat islam di Malaysia membuat semakan waktu terbaik untuk bersahur dan berbuka puasa pada waktu yang tepat dan afdal.

NEGERI
 Pahangadobe reader
 Terengganuadobe reader
 Perlisadobe reader
 Selangoradobe reader
 Negeri Sembilanadobe reader
 Johoradobe reader
 Kelantanadobe reader
 Perakadobe reader
 Kedahadobe reader
 Pulau Pinangadobe reader
 Melakaadobe reader
 Sabahadobe reader
 Sarawakadobe reader
 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuanadobe reader

Selasa, 10 Mei 2016

Cara Solat Sunat Hadiah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
solat-sunat-hadiah

Cara Solat Sunat Hadiah - Diriwayatkan Rasulullah saw pernah bersabda : "Bahawa pada malam pertama mayat dikebumikan keadaan mayat berada di dalam keluh kesah . Oleh itu, kasihanilah kamu dengan mengurangkan keluh kesah mayat itu dengan bersedekah. Jika tidak mampu bersedekah solatlah 2 rakaat , bacalah pada tiap-tiap rakaat satu kali fatihah, satu kali ayat kursi, satu kali al-takathur dan 10 kali surah al-ikhlas dan hendaklah berdoa sesudah memberi salam." Maka dianjurkan kepada ahli keluarganya supaya mereka mengerjakan solat hadiah sebagai doa yang menolong roh si mati.

Solat Sunat Hadiah dilakukan pada malam hari sesudah selesai solat maghrib atau isyak dimana siangnya arwah dikebumikan .

Cara mengerjakan Solat Sunat Hadiah ini sama seperti solat sunat yang lain.

Pada rakaat yang pertama selepas Al-Fatihah dibaca ayat Kursi. (al-Baqarah ayat 255) sekali


Pada rakaat kedua pula selepas Al-Fatihah dibaca surah At-Takasur sekali dan surah Al-Ikhlas 10 kali.

Lafaz niatnya ialah :
lafaz-niat-solat-hadiah

"Sengaja aku solat hadiah dua rakaat kerana Allah Taala." 

Selepas salam berdoalah dengan doa bagi memohon kelapangan kubur dan kesenangan untuk si mati atau bacalah doa solat sunat hadiah ini : 

doa-solat-sunat-hadiah
"Ya Allah , sesungguhnya telah aku dirikan solat ini Engkau Maha Mengetahui apa yang ku maksudkan. Ya Allah , aku memohon kepadaMu sampaikan ganjaran pahalanya (solat hadiah ini) kepada kubur si Fulan bin Fulan." 

Semoga dapat diamalkan apabila tiba masanya nanti. 

Terima kasih kerana membaca artikel Cara Solat Sunat Hadiah ini . 

Sumber : Himpunan 75 Solat-Solat Sunat
Daripada : 
http://mselim3.blogspot.my

Selasa, 03 Mei 2016

Kisah Kesyahidan Salim Mahula Abi Hudzaifah

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
perang-yamamah

Kisah Kesyahidan Salim Mahula Abi Hudzaifah- Ketika Perang Yamamah meletus , Salim Mahula Abi Hudzaifah seorang hamba milik Abu Hudzaifah berkata :"Beginilah keadaan kita berjuang bersama Rasulullah saw. Lalu ia mengali lubang untuk dirinya sendiri dan ia berdiri di atasnya. Ketika ia membawa bendera kaum muhajirin ia pun mula berperang hingga gugur syahid di tempat itu. <30> 


Ahmad bin Abdullah mengisahkan bahawa Salim hamba kepada Abu Hudzaifah gugur dalam perang Yamamah.  Ketika ia memegang bendera atau panji islam dengan tangan kanannya , tangan kanannya terputus akibat libasan pedang musuh. Kemudian, Salim Mahula Abi Hudzaifah memegang bendera atau panji islam dengan tangan kirinya, akan tetapi tangan kirinya juga putus dilibas dengan pedang musuh.
Lalu Salim Mahula Abi Hudzaifah memeluk bendera atau panji islam lalu membacakan firman Allah SWT :

Surah Al-Imran ayat 144

Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).
(Surah Al-Imran ayat 144)

Namun , Salim Mahula Abi Hudzaifah tetap terus berperang dengan baki kekuatannya hingga ia gugur dalam pertempuran itu sebagai syahid. <32>
Setelah perang tamaat ditemui dua mayat sahabat iaitu mayat Salim Mahula Abi Hudzaifah dan tuannya Abu Hudzaifah dengan keadaan kepala yang satu berada di kaki yang lain. <33> 

Sumber :
<30> Lihat kitab Thabaqaat al-kubra :3/1/61 sanadnya sangat dhaif (lemah) kerana diantara perawinya terdapat al-Waqidiy yang darjatnya Matruk
<32> Lihat kitab Shafwah as-Safwah : 1/384 karangan Ibnu Atsir
<33> Lihat kitab Mustadrak karangan Hakim :3/225

Terima kasih kerana membaca artikel Kisah Kesyahidan Salim Mahula Abi Hudzaifah ini.

Daripada :
http://mselim3.blogspot.my/