Sabtu, 20 Agustus 2016

"Giveaway Tunai RM200 By ELIHJAPAHAR.COM"

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
http://www.elihjapahar.com/2016/08/giveaway-tunai-rm200-by-elihjapaharcom.html
Hadiah-Hadiah Giveaway:
Pertama - Tunai RM60
Kedua - Tunai  RM40
Ketiga - Tunai RM30
Keempat hingga Kesepuluh - Top Up Bernilai RM10
Syarat-Syarat Penyertaan:
1. Terbuka kepada semua blogger Malaysia
2. Wajib FOLLOW blog ini
3. Like Fan Page ini -  or klik sini
4. Follow Twitter saya -
5. Copy banner diatas dan buat satu entry bebas bertajuk "Giveaway Tunai RM200 By ELIHJAPAHAR.COM"
6. Link kan entry tersebut pada entry ini
7. Postkan link penyertaan anda di ruangan komen dibawah
Giveaway ini akan berlangsung dari 13 Ogos - 22 September 2016. Senarai pemenang akan diumumkan pada 23 September 2016, pada jam 8 pagi.
 Hadiah bonus untuk seorang peserta bertuah giveaway ini akan dihadiahkan sekotak Mineral Coffee atau lebih dikenali sebagai Min Kaffe (bernilai RM36)
Pemenang tempat pertama hingga kesepuluh akan dinilai 100% menggunakan random.org. Manakala, pemenang peserta bertuah akan saya nilai sendiri untuk entry paling menarik. Buatlah entry bebas yang menarik.


Semoga berjaya dan salam perkenalan!
 Pls : Lama dah tak join segmen.... memeriahkan giveway dan dapat berkenalan sesama blogger yang lain..mselim3 dah lama follow blog elihjapahar.com nie.

Minggu, 14 Agustus 2016

Kisah Kesyahidan Para Sahabat Dalam Perang Uhud

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
kisahkesyahidanparasahabat-mselim3

Kisah Kesyahidan Para Sahabat Dalam Perang Uhud - Dari Ibnu Abbas ra ia berkata :"Rasulullah saw bersabda ketika saudara-saudara kamu gugur dalam Perang Uhud . Allah SWT telah menjadikan roh-roh mereka bagaikan burung-burung yang menuju sungai-sungai dalam Syurga dan memakan buah-buahan yang ada di dalamnya dan kemudian mereka berkumpul di sekitar pelita yang diperbuat daripada emas yang tergantung di atas singgahsana (arasy). 


Setelah itu, mereka telah dijamu dengan makanan yang lazat dan baik serta minuman yang menyegarkan dan mereka berkata :"Bagaimana caranya agar kita dapat menyampaikan berita yang gembira ini kepada saudara-saudara kita yang sedang dalam pertempuran bahawasanya kita hidup di Syurga dan diberikan nikmat agar mereka lebih berkobar-kobar dalam berjuang dan tidak merasa gentar di waktu berperang. (6)

Lalu Allah SWT berfirman :"Aku yang akan menyampaikan kepada mereka (saudara-saudara kamu) tentang keadaan kamu sesungguhnya... (7) 

Maka turunlah firman Allah SWT yang bermaksud : 

QS.Al-Imran 169-171

Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur (ketika berperang) pada jalan Allah SWT itu mati, bahkan mereka itu hidup disisi Allah dan mendapat rezeki.

Maka mereka dalam keadaan yang sangat gembira disebabkan mereka menerima dan diperkenankan oleh Allah SWT dan mereka bersenang hati terhadap saudara-saudara mereka yang masih tinggal di belakang yang bakal menyusul mereka, bahawa tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.

Mereka bersenang hati dengan nikmat dan kurnia yang besar dari Alllah SWT dan bahawa Allah SWT tidak akan mensia-siakan pahala orang-orang yang beriman. (8) 

Sumber :
(6) Hitsami dalam Kitabnya al-Mujma :6, 90 menambahkan para perawinya tsiqat (diyakini )
(7) Hadis Sahih diriwayatkan oleh Ahmad :1/365 , Abu Daud 2520 , Ibnu Abu Syaibah : 5/294, Hakim :2/88 dan Baihaqi dalam Sunan Al-Kubra :9/163
(8) QS.Al-Imran 169-171 

Daripada :
http://mselim3.blogspot.my

Terima kasih membaca artikel  Kisah Kesyahidan Para Sahabat Dalam Perang Uhud ini .

Sabtu, 13 Agustus 2016

Para Syuhada : Amir bin Fahirah Para Malaikat Menguburkannya

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Para Syuhada : Amir bin Fahirah - Amir bin Fahirah beliau adalah hamba Abu Bakar As-Siddiq ia adalah merupakan salah seorang sahabat yang mula-mula memeluk islam. Beliau adalah seorang diseksa dengan teruk kerana keislamannya kepada Allah SWT.

 
Saidina Abu Bakar membelinya dan lalu memerdekakannya sebelum kemudian dia diajak bertemu dengan Rasulullah SAW di rumah Arqam yang mana ia pernah diseksa agar keluar daripada islam. Siri peperangan yang pernah diikutinya adalah Perang Badar dan Perang Uhud. Ia gugur sebagai syuhada dalam peristiwa Bir Maunah pada tahun ke empat hijrah, ketika berumur 40 tahun.

Ketika berada di Bir Maunah ia ditikam oleh Jabbar bin Sulamiy hingga tebus badannya. Amir bin Fahirah berkata :"Aku telah menang demi tuhan pemilik Kaabah dan demi Allah SWT. Jabar bertanya : "Menang dari apa?" Mereka menjawab :" Dia telah menang kerana mendapat syurga Allah lalu Jabbar bin Sulamiy pun memeluk islam.

Ibnu Thufail berkata :"Ketika gugur dalam perang jasadnya diangkat ke langit dan bumi sehingga aku melihat langit seolah-olah berada di bawahnya, mereka bertanya sambil terpegun : "Itulah Amir bin Fahirah! " . Urwah bin Zubair berkata :"Mereka melihat para malaikat menguburkannya. (74) 


(74) Lihat kitab shafwah as-shafwah 1/432, 433 dan kitab Ishabah 4/41,15

Daripada :
http://mselim3.blogspot.my

Terima kasih kerana membaca artikel Para Syuhada : Amir bin Fahirah Para Malaikat Menguburkannya ini .

Kisah Syahidnya Seorang Sahabat Yang Mengegarkan Arasy

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
saadbinmuaz

Kisah Syahidnya Seorang Sahabat Yang Mengegarkan Arasy- Sahabat yang bernama Saad bin Muaz bin Nu'man al-Ausi, Al-Ansari ia adalah seorang sahabat yang paling diberkati dalam islam. Ia diislamkan oleh Mus'ab bin Umair ketika ia ditugaskan Rasulullah saw ke Madinah untuk mengajarkan kaum muslimin disana. 


Ketika pertama kali memeluk islam ia berkata kepada Bani Adbul Asyal :"Perkataan laki-laki dan perempuan daripada golongan kamu bagiku adalah haram sampai kamu memeluk islam, kemudian mereka berbondong-bondong memeluk islam dan tidak ada seorang pun yang menentangnya.

Ketika Saad bin Muaz ra tercedera ia berdoa agar Allah SWT tidak mencabut nyawanya sehingga dia dapat mengislamkan Bani Quraizah . Rasulullah saw , Saidina Abu Bakar , dan Saidina Umar serta para sahabat yang lain menjenguknya. 

Aisyah ra berkatanya :"Demi Allah SWT yang nyawaku ada di tanganNya, sesungguhnya aku tidak mengetahuinya (dapat membezakannya antara) tangisan Saidina Abu Bakar dari tangisan Saidina Umar
Umar bin Syarhabil berkata:"Sesungguhnya ketika Saad bin Muaz luka parah Rasulullah saw memeluknya sehingga darah berlumuran ke atas tubuhnya Baginda Rasulullah saw. Lalu datanglah Saidina Abu Bakar kemudian berkata :"Hancurlah hatinya, Umar berkata :"Inaa lilaahi wa inna ilaihi rajiuun".

Lalu Jibril datang dan menyampaikan berita kepada Rasulullah saw bahawa pintu langit telah dibukakan untuk Saad dan telah disiapkan singgahsana untuknya. 


Jabir bin Abdullah berkata:"Bergetar singgahsana Allah atas kematian Saad bin Muaz (15)
Diriwayatkan oleh Ibnu Umar ra bahawa Rasulullah saw bersabda:"Kematian Saad bin Muaz telah menyebabkan bergeraknya Arasy dan dibukakan pintu - pintu langit dan turunnya tujuh puluh ribu malaikat semasa kematian Saad bin Muaz. (16)

(15) Hadis Sahih diriwayatkan oleh Bukhari 3803, muslim 2466, Ahmad 3/316, ibnu Majah 158
(16) Hadis Sahih diriwayatkan oleh Nasa'i 4/100, Thabraniy 5333.

Daripada ;
http://mselim3.blogspot.my

Terima kasih kerana membaca artikel Kisah Syahidnya Seorang Sahabat Yang Mengegarkan Arasy ini .