Cara solat sunat tarawih- Setiap tahun kita umat islam berpuasa dibulan ramadan bagi memperbanyakan ibadah dalam bulan ramadan ini kita juga mengiringi ibadah solat sunat tarawih. Solat sunat tarawih ini digalakkan untuk mengerjakan solat sunat tarawih 20 rakaat atau sekurang-kurangnya 8 rakaat selepas solat isyak pada tiap-tiap malam. Ia boleh dikerjakan secara sendirian maupun secara berjamaah dimasjid / surau adalah lebih afdal. Untuk menyelangi solat tarawih yang panjang ini digalakkan berzikir atau berselawat ke atas nabi dan sebagainya. Doa qunut pula sunat dibaca pada akhir rakaat solat witir dari 16 ramadan sehingga akhir ramadan.
Dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda:" Siapa mendirikan solat tarawih pada malam di bulan ramadan dengan penuh keimanan dan ikhlas, maka Allah SWT mengampunkan segala dosanya yang telah lalu." (Hadis Riwayat Muslim)
Maka eloklah kita mengetahui cara-cara solat sunat tarawih dan witir supaya supaya kedatangan Ramadan ini lebih berguna dan bermanfaat buat kita.
Hukum dan Rakaat Solat Sunat Tarawih
Hukumnya sangat-sangat dituntut dikerjakan oleh lelaki dan wanita pada tiap-tiap malam bulan Ramadan samada secara sendirian atau berjemaah.
Pada umumnya , masyarakat di Malaysia mendirikan solat sunat tarawih sebanyak 20 rakaat tetapi ada juga yang menunaikannya 8 rakaat sahaja. Pada zaman Rasulullah saw solat sunat tarawih dikerjakan sebanyak lapan rakaat sahaja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan dalam melaksanakannya. Walaubagaimana ada juga riwayat hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah saw mengerjakan solat sunat tarawih 8 rakaat kemudian disambung solat tarawih dan witir di rumah.
Lafaz dan Niatnya :
Bacaan Surah-Surah Solat Sunat Tarawih :
Selepas membaca Al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat pertama solat sunat tarawih ini dibacakan surah-surah
1) Dari Malam 1 hingga malam 15 Ramadan
Selepas membaca Al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat pertama solat sunat tarawih ini dibacakan surah-surah
2) Dari Malam 16 hingga malam Akhir Ramadan
Selepas membaca Al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat pertama solat sunat tarawih ini dibacakan surah-surah
Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah Al-Qadr
Pada rakaat yang kedua dibaca satu surah pada rakaat yang pertama bagi malam sama seperti malam 1 hingga 15
- Al-Qadr
- Attakaathur
- Al-Qadr
- Al-Asr
- Al-Qadr
- Al-Humazah
- Al-Qadr
- Al-Fiil
- Al-Qadr
- Al-Quraisy
- Al-Qadr
- Al-Kauthar
- Al-Qadr
- Al-Kauthar
- Al-Qadr
- Al-Kafiruun
- Al-Qadr
- Al-Nasr
- Al-Qadr
- Al-Lahab
Bacaan Selawat/Tasbih/Doa Solat Sunat Tarawih
Untuk memulakan solat sunat tarawih ;
Setelah memberi salam pada tiap-tiap akhir rakaat yang ke-2,6,10,14,dan 18 bacaan selawat adalah seperti berikut:
Doa Qunut ;
Selepas solat subuh dan solat sunat witir malam 16 hingga akhir Ramadan .
Setelah memberi salam pada tiap-tiap akhir rakaat yang ke-4,8,12,16 dan 20, baca tasbih dan selawat berikut :
Doa oleh Imam atau Bilal pada rakaat 4,8,12, dan 16
Doa selepas solat sunat tarawih
Daripada ;
http;//mselim3.blogspot.my
http://alhafiz.net/soaljawabagama/cara-solat-terawih-serta-bacaannya/